Tuesday, February 28, 2012

wordless wednesday

Baru rajin menhapdet pasal lesen yang sudah full. haha. Who care's kan kalau lesen penuh pun? orang lain dah lama penuh, kau baru terhegeh-hegeh maw hapdet pasal lesen kau. bahaha. ahhh tak kesah, maw hapdet jugak!



Bajet renew lesen rm30 jah. Tapi sebabkan terlepas cakap maw renew 2 taon, total rm60. hambek! oleh sebab demikian malas maw kasi betul ayat, maka hilanglah duit rm30 dengan amannya. kahkahkah.

Eh kalau ada vacancy driver, rojer-rojer la. bahaha. motor boleh, kereta boleh. motor 3 roda tak boleh la sebab tak hamek lesen C. kuikuikui.

Rasa matciam dewasa suda bila suda ada lesen sendiri, motor sendiri, suami sendiri, eh belom kawen lagey! ngehngehngeh.





nota kembang sepinggan :  eksaited ttg byk hal sampai tak tido malam! -.-

Monday, February 27, 2012

perempuan pelik tapi real

Hal ni festaim jadik pada diri saya. Agak terkejut comel jugak la bila hal ni jadi. Malam yang hening, hahaha, tengah surf-surf intenet, tiba-tiba ada video calling. Mati terkojol jah tidak sebab speaker time tu loud! urghhhhh.

Bila tengok email pompuan tuh, tak kenal pulak. tapi asek call ym saya and memaksa suruh saya answer video call tuh. Gila gila gila. So saya start sapa dia lah tanya-tanya itu ini.


pompuan ni asek nak video call sepanjang setiap mesej berbalas. geram jugak jadinya. tengah best-best dengar lagu hindustan mustan, terpaksa offkan speaker sebab dia asek call tak henti-henti. Malas dengar bunyi call ym. xbest! bahahaha




suda habes baca kesemuanya? pelik kan? saya sengaja tak senset *bahasa inggelish is censored sebab mana la taw kamurang kenal ini pompuan. Mana la taw akaun ym dia dicabuli oleh mana-mana pihak yang takda tanggungjawab, so korang bagi la tahu kat beliau apa yang terjadi.

Bahaya la dunia sosial sekarang. Hek menghek ni jadi perkara biasa sudah. So, korang berhati-hati lah ok. Janganlah haplot gambar seksi meksi atau peribadi dalam fb atau twitter *ini je media sosial yang saya ada bahahaha.

Pesanan ini dibawa oleh saya, Avril lavigne. Eh salah, Aida kano. *baru sedar diri kahkahkah =.=








npta macam-macam : Seronok boleh, tapi sentiasa berwaspada. sekian.

10 perkara tak penting

10 perkara yang mana memang tak penting, tapi just sebagai penghilang habuk yang sudah melekat di belog ku ini.

1.   i've been here (semenanjung) for 3 weeks! selepas 5 bulan berbulan madu di rumah, akhirnya aku kembali ke tanah tempat aku menuntut ilmu. *abaikan ayat skema ku ittew.

2.   Telah diberi tempoh beberapa bulan untuk cari rezeki di sini oleh madame kesayangan. Sekiranya dalam tempoh matang tidak mendapat apa-apa pekerjaan, maka harus pulang semula ke tanah tumpah darah ku. bahahaha.

3.   Sebelum basinya tarikh yang ditetapkan, seekor pekerjaan telah datang melamar! yehaaa~ opsss! Alhamdulillah Ya Allah.

4.   Yuran motor kesayangan sudah habis bayar. Just perlu tunggu 2 minggu akan datang untuk dapat kad motor. kad apakah? itu sumpah sy tidak tahu. kahkahkah.

5.   Lesen yang dulunya hanya "P" (palui) sudah penuh. hikhik. maka boleh bawak kereta dan motor ikut peraturan sendiri. yeay!

6.   Hutang sudah melambung-lambung bagai dilambung mail lambung. Kepada siapa? tak maen la along der. Pemberi pinjaman ni memang xda kenakan bunga atau daun atau sama waktu dengannya. Dialah mr Emsem sedunia~ My Abah!

7.   Rumah sewa hanya dibelakang tempat kerja. heaven? memang heaven! haha.
kalau ada rumah sewa yang sama level dgn tmpt kerja lagi bagus. kahkahkah. *ok demand! 

8.   wishlist pertama 2012 terlaksana. Alhamdulillah. Next, wishlist seterusnya untuk disetelkan. InsyaAllah.

9.   Minggu depan suda memulakan hari baru sebagai wanita bekerjaya. eh jap jap. wanita? remaja la. remaja bekerjaya. ok baru betul. (",)v

10.   Berat badan jatuh mendadak ke 40kg daripada 45kg. Misi untuk memberatkan diri dengan pahala supaya berat badan bertambah. ngeh3. *padahal menghantam mcD terus. bahahha






nota tak penting : Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati. Amin.

Thursday, February 23, 2012

mengidam instax pulak

ekceli saya dah lama mengidamkan menatang neyh. Tapi sebabkan saya tak taw nama dia, so saya hold sampai la sekarang saya baru taw nama menatang nih dari kawan saya. thank kawan!

instax mini 7s



so comel kan camera nih? dapat gaji petama maw beli lah menatang nih. comel gila lah. pink black mesti lawa kan? hekhek. Maw beli menatang nih guna duit sendiri lagi puas hati. tapi mesti lagi best kalau orang hadiahkan! okeh berangan. -.-


suka mini photo yg jadi dari that camera.





Part paling best pasal camera tuh, gambar yang jadi memang superb. kiut sangat. korang boleh conteng-conteng kat tepi gambar tuh. tulis tarikh, best moment korang and macam-macam la.

apa-apa pon, sangat mahukan menatang nih. Baby, tunggu mommy k! bahaha.




nota instax : orang comel harus memiliki baran-barang comel XD

Wednesday, February 22, 2012

wedding roomate yang superb!

4 Februari 2012 is wedding si roomate yang gojes dengan pasangan beliau. I fly all the way from Sabah and tak pegi exam pegawai penguasa kastam semata-mata untuk attend wedding si roomate sayang. Dun wan to missed her wedding sebab dia roomate saya yang paling best ever! Walaupun kami just setahun bersama, lepastu masing2 terpisah, tapi kami still spent time sama2. she is the best friend! 

Hanya dapat beberapa keping gambar dari majlis hari tuh. lets~
dayah, bedah, faiha, aishah & tuan belog.
the pengantin sama kek sama-sama superb.
kami bersama pengantin baru di pelamin yg super comel.

me dengan si roomate sayangs and her husband.
Seri pengantin terserlah! ilove backdrop itu sampai bila-bila. 

bride and groom to be! Amin~


Selamat pengantin baru kaka comel. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. To dayah, terimalah lamaran si dia. hakhak. 







nota kawen: giliran tuan belog bila lagi? hrmmm. XD

Saturday, January 28, 2012

kerani 5 waktu

Harus admit yang ini pertama tama kalinya tengok iklan yang requirement nya sangat simple, tapi tidak semua orang buat.




Just terpegun, heh? betul ka terpegun? terkedu la seswai sikit. Siyesly ini pertama kali tengok yang satu company tu memerlukan pekerja yang 5 times a day! Walaaa. Salute la dengan mereka yang terlibat.










nota terkedu : mesti orang dalam company diorang warak2 kan. nice!

Sunday, January 22, 2012

Ini Kali Lah!

Entri kali nih bukan untuk kondem kerajaan seratus peratus, tapi bersuara untuk hak kami yang tidak kami dapat setelah 48 TAHUN di bawah pimpinan kerajaan BN. fyi, Sabah merupakan negeri yang KAYA tapi rakyatnya TERMISKIN

Mana tak miskin nya, hasil negeri kami sendiri kami hanya dapat 5% daripada jumlah keseluruhan. FAIR sungguh kan KERAJAAN kita? This is why la Brunei tak maw join Malaysia dulu-dulu sebab mereka tak maw kongsi hasil minyak mereka. Sabah should "jogging" dari Malaysia kali. hrmmm.

Kenapa mesti orang atasan di Sabah adalah orang dari SEMENANJUNG? Adakah orang Sabah ni tak boleh pegang jawatan tinggi? Di Sabah, orang atasan especially under kerajaan adalah orang semenanjung. Majority! Sabah hanya layak jadi kuli bagi diorang. Pegi tengok di semenanjung ada atau tidak orang sabah jadi pegawai tinggi? Mimpi la kan. Setakat Shafie Apdal tu ja la sorang. i repeat SEORANG.

Sabahan tak layak ada jalan raya yg cantik sebab Sabahan memang sesuai mundur selamanya.
Ini realiti jalan raya di Sabah! Ini kalau jadi di semenanjung nih, kerajaan memang kelam kabut turap. Iyalah, sebab takmaw hilang undi rakyat semenanjung. Kerajaan konpiden Sabah n Sarawak milik diorg selamanya sebab bagi diorang sogok duit sudah cukup. Don't blame Sabahan sebab terima duit tu! yang biasa terima duit beli undi kerajaan nih adalah orang2 dari pedalaman yang memang daif dan sangat memerlukan duit untuk teruskan kehidupan.

Hentikan la perbodohkan orang Sabah! Jangan mimpi jadi negara maju 2020 kalau di Sabah 2012 masih miskin. 

Paling lucu ever about Sabah Sarawak n semenanjung is bilamana waktu posting para guru2. Semua orang semenanjung akan doa habis2an supaya tidak diposting ke Sabah n Sarawak. Takmaw berkejar-kejaran dengan babi hutan ke sekolah kata mereka. haha. Sampai begitu mitos Borneo di terapkan dalam kalangan orang semenanjung. Ada yang anggap orang borneo tinggal di pokok pon ada. haha. #FunnyGila

Sabahan, marilah kita menentukan nasib kita sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan bagi kita. Jika tidak kita, Siapa lagi? Jika tidak sekarang, bila lagi? INI KALI LAH!







nota politik bullshit : Gomen, be fair! Janga tindas orang Sabah. i Love my Sabah. more to come!

Monday, January 16, 2012

Si comel yg comel

Agak berhabuk jugak la belog nih sebab lama tak hapdet. Silent reader pon kompom komplen sebab tak hapdet belog. Silent reader? Yes! u know who u are =P 

This time maw kongsi pasal aksi comel my kucing. If bagi u all tak cohomel, takda hal pon. Masing-masing punya citarasa kan.


 
Ini memang pose wajib dia anywhere any time. Pose rilex di petang hari. Oh by the way nama dia Tores. Sebab me n abah kipas susah mati Liverpool, so kitorg namakan dia dgn nama Liverpool best striker ever. 


Cuba teka dia buat apa? hehe. Pose ini lepas dia mandi. Lepas mandi, otomatik dia akan jadi malas, moody and mengantuk all the time. Tak mandikan busuk pulak dia nih. Mandikan lain pulak jadinya.


Tidurrrrrr! Dia memang super super pelik. But dia kiut! hehe.


Tiap petang menatang nih akan lepak di tempat dia nih di pinggir rumah untuk cuci mata sambil hilangkan stress sebab dikurung jah di rumah. Okeh panjang tak ayat tuh? haha.

Sayangi la kucing atau apa-apa pon menatang peliharaan korang mcm korang jaga anak snirik. Yang takda anak, jaga macam korg jaga pakwe/makwe korang yea. =p




nota comel : orang yg sygkan binatang adalah org yg penyayang. Fact!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it